Wednesday, December 29, 2010

BAWAL MANDI CILI PEDAS

Assalamualaikum....(baca cara manja2 atau lebih senang cakap baca cara ngada2 ok!) Emmmm....dinginnyaaa malam niee, tiap2 hariiii dari petanggg ke malammm hujannnn jeee, bestnyaaaaa! Especially time tidoooo, syoknyeeee tidooo time2 hujan giniiiii ! Hah....udah le tu, nanti karang ada pulak yang ter uwekkss kat sini ahhhh....

Ikan bawal yang bermandikan sambal ni bukan yang akak masak hari ini, tapi dah beberapa hari punya gambo. Esok kan...akak kan...kena masak ikan bawal macam ni 130 ekor, mungkin kena lebihkan sikit nanti. So besok akak tak mungkin sempat nak tonggek2 ambik gambonya sebab mesti akak lintang pukang nak siapkan beraneka menu yang lain, jadik ni la akak tunjuk siap2 rupa ikan bawal tu... Resepinya...

  • 8 ekor ikan bawal disiang & dibersihkan
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 10 biji bawang merah *
  • 5 biji bawang putih *
  • Sedikit halia *
  • Sebatang serai *
  • 1 sudu kecil belacan *
  • 2 biji buah tomato dibelah 4
  • 3 sudu makan santan pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 sudu makan gula
  • Sedikit garam
  • Sedikit daun bawang & daun sup dihiris halus2
bahan bertanda * dikisar bersama2 CARA MEMBUATNYA
  1. Ikan bawal dilumur dengan sedikit kunyit & garam dan digoreng sehingga garing dan ketepikan dulu
  2. Tumiskan semua bahan kisar dengan 3 sudu makan minyak sehingga naik bau dan agak garing, ambil masa lama sikit supaya sambalnya sedap
  3. Masukkan buah tomato, kacu2kan sebentar baru diikuti santan pekat dan kacau2kan lagi
  4. Masukkan pula air asam jawa diikuti gula dan garam secukup rasa dan kacau2kan hingga sebati
  5. Tunggu hingga sambal jadi betul2 pekat dan tutup api
  6. Tuangkan sambal ke atas ikan bawal yang siap digoreng tadi
  7. Taburkan sedikit daun bawang & sup yang dihiris2 ke atas sambal dan boleh la dihidangkan

Tuesday, December 28, 2010

FRENCH FRIES WITH CHEESY CREAMY SAUCE

Salam semua.....Emmm sedapnya french fries cicah dengan sos keju nih!!! Tambah pulak makan waktu hujan yang macam tak nak berhenti2 sampai ke besok, Alhamdulillah, hujan kan rahmat dari Allah. Dekat 1 bungkus kentang akak goreng, dah 2 nd round pun...takpe2 sesekali makan biar puas ya anak2ku...tapi takleh selalu makan benda macam ni, very fattening tau...ececehhh!!! Dari pemerhatian akak semasa cuti sekolah ni, badan anak2 akak dah bertambah2 berisi, kalau timbang mesti naik ber kg2 ni, which is not good for depa kan! So, yang bersalah dalam hal ni sudah semestinya akak lah kot :(( So, sesiapa yang rasa nak menambah lemak berkg2 kat badan boleh la try makan mcm ni hari2...(jgn harus diikut kata2ku ini...) RESEPI SOS KEJU BAHAN BAHANNYA
  • 10 kepingan cheese
  • 1/2 sudu makan serbuk cili
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 3 sudu makan mentega

CARA MEMBUATNYA

  1. Kepingan keju dipotong kecil2
  2. Campurkan susu cair, serbuk cili, tepung gandum & 1 cawan air dan kacau2kan sehingga sebati, boleh jugak masuk semua dlm blender & blend hingga sebati
  3. Panaskan mentega sehingga mencair dengan api sederhana
  4. Masukkan kepingan keju tadi dan kacau2kan sehingga cair keju tersebut
  5. Masukkan campuran susu cair yang dikisar tadi dan kacau2kan selau hingga betul2 sebati
  6. Bila dah agak pekat boleh la ditutup apinya dan sedia untuk dihidangkan bersama apa saja makanan yang disukai

Monday, December 27, 2010

GULAI NANGKA MUDA BERDAGING

Assalamualaikum.....nangka muda ni masakan untuk tengahari tadi. Ramai peminat nangka muda ni tau! Selalu jugak akak masak nangka + ikan kering tapi bila akak tukar + daging nampaknya lebih ramai yang berkenan. Kot2 lepas ni nak try masak dengan ayam pulak, rasa2 ok tak? Masakan macam ni kuah dia mesti la pekat2 sikit baru la kaw, betul tak? Ada sorang pakcik tu masa letak kuah ni kat nasi dia macam dah kebanjiran..kalau akak memang tak reti la makan nasi kalau dah kuah melimpah ruah mcm gitu eh !! Tapi itulah kan, lain orang lain citarasanya kan (eh3...ni kira dah membebel ek???) :))

Resepinya akak letakkan di bawah seperti biasa...

BAHAN BAHAN
  • Nangka muda ) dipotong kecil2 & direbus
  • 400 gm daging ) sehingga lembut
  • *8 biji bawang merah
  • *1 biji bawang besar
  • *5 biji bawang putih
  • *2 cm halia
bahan2 bertanda * dikisarkan bersama2
  • 2 biji bawang merah )
  • 1 biji bawang putih ) dihiris2
  • Sedikit halia )
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • Penumis 4 sekawan 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga & 4 cengkih
  • 2 biji cili hijau dibelah tengah
  • 2 biji tomato dibelah 4
  • 1 mangkuk santan pekat dari 1 biji kelapa
  • Garam secukup rada dan sedikit gula
CARA MEMBUATNYA
  1. Tumiskan hirisan bawang merah, bwg putih, halia, daun kari dan 4 sekawan ke dalam sedikit minyak sehingga kekuningan dan naik bau
  2. Masukkan pula bahan kisar diikuti rempah kari daging dan kacau2kan sehingga rata dan agak garing
  3. Masukkan daging & air rebusannya dan kacau2kan biar sebati
  4. Diikuti nangka muda dan santan pekat, kacau2kan lagi
  5. Tunggu hingga kuah mendidih baru masukkan buah tomato & cili hijau
  6. Akhir sekali masukkan garam dan sedikit gula secukup rasa & boleh la ditutup apinya

Saturday, December 25, 2010

PUDING SUSU

Assalamualaikum...betul2 geram dengan line internet yang tersangat la slow, terpaksa la lupakan niat untuk blogwalking di tengah2 malam ni. Harap2 esok line kembali normal. Kat gambar tu saja nak tunjuk agar2 pudding yang dibuat masa harijadi anak akak kelmarin. Pudding bersusu macam ni memang sedap dimakan sejuk2, nak buat pun mudah. Rasanya kat n3 sebelum ni pun akak dah pernah buat pudding lebih kurang je macam yang ni tapi bentuk je yang berbeza.. Resepi pudding macam ni biasa la kan...mesti ada telur & susu cair baru sedap betul tak? Kot2 ada sesiapa yang baru nak belajar buat pudding yang simple2 tu boleh la cuba ya! 

BAHAN BAHANNYA
  • 1 bungkus serbuk agar2
  • 1 biji telur
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 4 cawan air
CARA MEMBUATNYA
  • Masak agar2 bersama air dan gula sehingga mendidih dan tutup api
  • Bancuhkan tepung kastad, telur dan susu cair, sebatikan betul2 & tapiskan
  • Masukkan bancuhan telur tadi ke dalam agar2 dan kacau2kan di atas api perlahan sehingga sebati
  • Tutup api dan bahagikan kepada beberapa warna yang disukai
  • Masukkan berselang seli ke dalam bekas acuan agar2 yang bersesuaian
  • Simpan ke dalam fridge selama beberapa jam dan boleh la dimakan bila dah sejuk

Wednesday, December 22, 2010

HAPPY BIRTHDAY TO MY SWEETHEART AZFARUL AMSYAR

Hari ini genap usia buah hati akak si bongsu Amsyar 4 tahun. Dia ni memang pengubat hati dan sentiasa menceriakan suasana di rumah dengan mcm2 keletahnya. Kuat menjerit pun dia ni la jugak, ikut perangai sape ntah la ni... :) Seperti harijadi anak2 yang lain dah tentu la ada birthday cake. 

Amsyar awal2 lagi dah bagitau nak ada Ultraman atas kek. Hai, jenuh la jugak si abang2 nya gi cari kat pekan Tapah nasib baik dapat jugak Ultraman kemetot...Jadi la tu ya Amsyar... 

Kek Sicilian Orange Cake ni memang sedap. Dah pernah buat pun sebelum ni cuma tak sempat nak masuk n3 kat blog, terus masuk mulut je.. :)) 

Kena sangat la pulak rasa orange kek dengan blueberry filling tu....WALLA!!! Sape nak meh la ambik sorang sepotong, masih banyak lagi nie!!! 


Mama sentiasa berdoa yang terbaik untukmu Amsyar.....Sayangggg Amsyar!!!!

Monday, December 20, 2010

JALAN2 YANG TAK DIRANCANG LAGI

Sabtu lepas, seperti biasa hubby tiba2 je ajak akak & anak2 ke Pulau Pinang untuk beli stok kurma di Yusuf Taiyoob. Selalunya hubby pergi tak pernah ajak pun, tapi memandangkan cuti sekolah so kami pun pergi beramai2 macam rombongan Cik Kiah ke gudang Yusuf Taiyoob... 

Selesai urusan pembelian kurma tu, kami terus ke terminal feri. Dah terlanjur sampai sini bagi la anak2 seronok sikit. Anak2 bukan main excited dapat naik feri ni...ya lah kan dah beberapa tahun lamanya tak merasa naik feri...
Terus menuju ke Batu Feringhi & singgah kat masjid yang cantik ni. Akak terlupa pulak nak tengok nama masjid ni. Bestnye suasana kat masjid ni, betul2 kat tepi laut...
Dah selesai urusan kat masjid terus menuju ke pantai Batu Feringhi, nasib baik sebelum bertolak tadi akak sempat sambar baju persalinan untuk aktiviti anak2 main air kat situ. Anak2 dapat main air sampai lupa makan tengahari..sejam jugak depa berendam sampai kecut2 semua :) 

Dah puas berendam sakan baru terasa lapar dan kami ke Padang Kota Lama untuk menjamu selera, biasa la mesti pekena pasemboq. Yang lain2 kat situ adalah makanan yang biasa2 je, nothing special...Dah kenyang lepak2 dulu sambil anak2 main kat playground at situ...Bila dah jemu depa kat situ kami ronda2 kat Georgetown pulak..frust sikit rasanya sebab hajat akak nak beli something for my business tapi tak kesampaian sebab tak jumpa2 benda tu... :( 

Sebelah malam ada acara pantai apa ntah kat Batu Feringhi akak pun tak ambik tahu sebab tak de keinginan nak tengok pun. Tapi we all ronda2 kejap kat macam pasar malam di situ, banyak jualan pakaian & hiasan. Ramainya orang, jalan pun bersesak2, so kejap je kami kat situ & lepas tu pekena nasi kandar dulu sebelum balik ke Tapah. Masa balik akak drive sebab nak kasi can hubby tidur & kami sampai rumah pukul 4 pagi...Memang banyak sangat tempat yang kami tak sempat pergi tapi dah bukan tujuan untuk bercuti sakan so anak2 dapat mandi manda sakan kat laut pun cukup la....

Friday, December 17, 2010

PUDING LAICI

Assalamualaikum buat semua yang sudi menghadirkan diri di sini...Yes3, akak memang tersangat la sibuk..ada jugak kawan yg sorang tu kata akak buat2 je sibuk, tak baik tau :)) Takpe3, akak tak marah. Dan buat teman2 blogger yang sudi menjenguk tu, really appreciate you all semua, akak pun dah lama tak blogwalking ni...Nanti akan akak terjah teman2 semua satu persatu ya! 

Puding laici ni akak buat malam semalam, dah disimpan semalaman di fridge baru je kejap tadi upacara memotongnya dan kejap je dah nak licin pun. Makan sambil tengok TV ni faham2 je la, tambah ada buah2 laici tergolek2 kat sekeliling puding tu apa lagi la budak2 kat rumah ni, especially budak kecik yg 3 years old tu...emmm budak2 macam tu la kan, mamanya dulu masa kecik2 pun 2 x 5 jugak kalau bab meratah buah laici nih..hik3

Ok la, ni resepi puding laici yang akak dapat dari Edisi Khas LBM 2003 tapi dah akak ubahsuai sikit ikut citarasa akak. Yang akak buat ni 1/2 adunan je. Best puding ni, tak manis sangat, just nice je...sape teringin nak makan tu cuba la buat ya, jgn lazy2 tau!!!

BAHAN BAHANNYA
  • 2 tin laici
  • 1 tin susu cair
  • 5 ketul gula batu
  • 1 bungkus agar2
  • 3 biji kuning telur
  • 2 sudu makan tepung kastad
  • 1 sudu makan esen vanila
CARA MEMBUATNYA
  1. Basuh agar2 dan masak dengan air sebanyak 5 cawan dan gula batu sehingga mendidih dan cair agar2 & gula tersebut
  2. Laici dikisar bersama2 dengan airnya dan ketepikan dulu
  3. Kuning telur dipukul hingga kembang bersama tepung kastad
  4. Kemudian campurkan susu cair dan esen vanila ke dalam adunan telur tadi
  5. Akhir sekali, masukkan kesemua bahan2 termasuk laici ke dalam agar2 dan masak sebentar, tak perlu tunggu mendidih, kacau2kan sehingga sebati
  6. Kemudian masukkan ke dalam bekas, sejukkan di dalam fridge dan boleh la dimakan bila dah sejuk.
Tambah buah laici dan sirapnya semasa makan puding ni...

Monday, December 13, 2010

BIHUN GORENG SUFI YANG TERSANGATLAH SEDAP RASANYA

Salam semua....emmmm sedapnyee makan bihun ni, sampai 3 x tambah tau....Ni la bihun yang akak masak pagi tadi untuk makan anak beranak je. Disebabkan akak dah jemu makan lauk pauk masakan air tangan akak sendiri jadi akak pun bantai makan bihun ni sampai ke petang. Sama jugak, air tangan sendiri jugak ek...tapi kalau nak makan lauk pauk yang akak masak memang dah jemuuuuuu tersangat la!!!! 

Teringat ingat masakan mama akak kat Kampar tuu....teringinnye nak makan air tangan mak.Sesekali tu bila dapat makan air tangan orang lain akak rasa wuisshhh sedapnye....Tapi hubby kata tak sedap pun!!! Takpe lah, janji tekak akak kata sedap. Hubby mana tau kan...sebab dia hari2 makan air tangan isteri, bukan air tangan dia pun, cuba kalau dia yang masak hari2 tentu dia pun jemu jugak!
Hari ni rekod betul, akak keja dari pagi sampai 10 malam tanpa henti. Hanya berhenti untuk solat & panggilan alam...kuang3...Ok lah, sebelum akak melalut2 cerita apa ke benda lagi, nak cerita sikit pasal bihun Sufi ni, yang dipasarkan oleh FAMA Johor. First time jumpa bihun yang memang best ni. Tak payah rendam lama2, 15 minit je dah cukup & rendam dengan air biasa, tak perlu air panas. Masak pun kejap je sebab bihun ni lembut....Ni resepi bihun Sufi akak....

BAHAN2NYA
  • 1 paket bihun Sufi
  • 6 biji bawang merah *
  • 3 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan sos cili
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 2 sudu makan taucu cap Pelangi (dihancurkan)
  • 2 sudu makan kicap pekat
  • 3 sudu makan kicap lemak manis
  • Udang secukupnya
  • Isi ayam secukupnya dihiris kecil
  • Sayur sawi & tauge secukupnya
  • Sedikit gula & x perlu garam
CARA MEMBUATNYA
  • Bihun Sufi direndam selama 15 minit dengan air biasa dan ditoskan
  • Bahan * dikisar dan ditumis dengan 2 sudu makan minyak masak sehingga garing
  • Masukkan cili kering kisar dan masak hingga cili agak garing
  • Masukkan pula ayam, kacau2kan & diikuti udang dan kacau2kan hingga masak
  • Baru masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan, taucu, kicap pekat & manis dan kacau2kan hingga sebati
  • Yang terakhir baru masukkan sayur sawi, tauge & sedikit gula, kacau2kan sebentar
  • Cepat2 masukkan bihun tadi dan gaul sehingga betul2 rata dan sebati dan boleh la ditutup api dan dihidangkan.
Ni la Bihun Sufi. 1 Quality Untuk 1 Malaysia katanya.......

Sunday, December 12, 2010

KASWI GULA MELAKA

Assalamualaikum....kuih kaswi ni akak buat awal pagi tadi, saja buat untuk akak & hubby je sebab anak2 memang tak reti makan kuih sebegini. Itu la jugak sebab kenapa akak jarang membuatnya. Tapi kuih ni memang sedap & lain rasanya dari yang dibeli. Akak ambik resepi ni dari CMG. Pasti Mat Gebu sekarang masih bersedih atas kepulangan abangnya ke rahmatullah baru2 ni. Ok, jom cuba resepi kuih kaswi CMG ni. Halalkan akak copy n paste kat sini ya Mat Gebu, thanks...

Sumber : DAPUR TANPA SEMPADAN (CMG)

BAHAN-BAHANNYA

  • 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan tepung ubi*
  • 1/2 camca besar tepung pulut*
  • (*disatukan dan diayak)
  • 2 cawan gula merah (mat guna gula melaka)
  • 1/4 cawan gula pasir
  • 1 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 camca teh air kapur
  • Beberapa titik pewarna coklat
  • Kelapa parut putih
  • Sedikit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel yg bersih.
  2. Alas loyang kek 7 inci x 7 inci x 3 inci dengan plastik, sapu sedikit minyak pada plastik tadi. Ketepikan.
  3. Gula merah, gula pasir dan daun pandan dimasak bersama 1/2 cawan air, kacau rata hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
  4. Satukan semua bahan2 diatas kecuali kelapa parut dan garam, bersama air gula merah tadi. Kacau rata dengan whisk dan tapis.
  5. Tuang dalam loyang kek tadi, kacau sedikit biar rata dan kukus selama 30 minit, dengan api sederhana.
  6. Sejukkan kueh sepenuhnya sebelum dipotong dan digolek ke dalam kelapa parut bergaram tadi. Hidangkan.

Saturday, December 11, 2010

AWARD DARI SI CANTIK MANIS AMANDA

Firstly nak minta maaf kat AMANDA si comel lote yang duk nun jauh di Sabah, sebab lambat ambik award ni...sebab jauh tu yang lambat sampai tu.. :) Thank you sis, akak appreciate sangat. Tapi yang bab nak jawap soalan2 ni yang akak lazy sikit ni. Tapi dah ambik award tu takkan taknak jawap soalan pulak kan...Ok, jawap jangan tak jawap.. Nama blog dan nape letak nama itu ? Nama blog ni Dapur Azlina @ Terminal Hijrah, nama tu ada kaitan dengan my life, penghijrahan yang akak buat demi mencari keberkatan Allah dari segi pekerjaan, kehidupan dan banyak lagi. Url blog dan dari mana datangnya ? Url blog http://terminalhijrah.blogspot.com/ Idea untuk blog ni datang bila akak mulakan bisnes berkaitan makanan Apa kaedah penulisan blog ni ? Resepi masakan dan sesekali tu ada juga terselit sesuatu yang lain dari masakan Apa perasaan bila tengok blog orang cantik while ur not? Perasaan akak bila tengok sesuatu yang cantik mestilah suka, kalau tak suka maknanya ada something wrong with u la...Bagi akak blog tu nampak cantik jika tak terlalu sarat dengan mcm2 widget, nampak simple but interesting to follow... Bila blog ni wujud ? Semenjak April 2010 Siapa orang pertama tahu tentang blog ? Yang pertama semestinya anak2 akak yang juga sangat suka mengikuti setiap apa yang akak update disini... Tag 5 blogger Emmmm.........nak tag lebih, mana cukup 5....

Thursday, December 9, 2010

DAGING MASAK HALIA + CENDAWAN TIRAM

Salam semua, malam ni dah tak tau nak masak apa untuk hubby yang dah lapo tu...so akak pun bantai la masak daging halia ni..Lauk lainnya telur dadar & ikan kering cili padi. Hubby yg memang tak banyak karenah makan dengan berseleranya disamping wife yang tercinta..ngeeee jgn ada yang termuntah pulak iye, saje2 nak ceriakan suasana... :) Dari pagi sampai malam lepas Maghrib tadi baru kami sempat makan...entah apa yang disibukkan idak le tau...buat2 sibuk je yang lebih kot! Tapi hakikatnya akak tersangat la penat hari ni. Dengan customer yang tidak disangka2 yang menyebabkan dapur akak tunggang langgang (bukan akak ya...dapur je ok!) Ditambah lagi dengan karenah manusia yang banyak songeh, yang tak reti bahasa (adakah akak bercakap dlm bahasa Rusia sehinggakan dia ni tak faham2 bahasa???). Dengan nak buat list menu utk beberapa pihak lagi...dengan nak hantar email, nak jawap email...huishhhh! Tak ke sibuk namanya tu... Resepi macam kat bawah ni :) BAHAN BAHANNYA
  • 300g daging yang siap direbus & dipotong kecil
  • 1 bungkus cendawan tiram
  • 1 biji tomato dibelah 6
  • 6 biji cili padi diketuk2
  • 3 cm halia dihiris2
  • 1 labu bawang besar holland dihiris2
  • 2 biji bawang putih diketuk2
  • 1 sudu teh tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air
  • 1/2 sudu teh lada hitam serbuk
  • 1/2 sudu teh lada sulah
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 3 sudu makan kicap cair
  • Sedikit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA

  1. Goreng daging sekejap hingga nampak garing2 sikit dan ketepikan
  2. Gunakan lebihan minyak dalam 3 sudu makan dan tumiskan bawang besar, halia, bawang putih & cili padi hingga kekuningan
  3. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, sos tiram dan kicap cair diikuti bancuhan tepung jagung dan kacau2kan
  4. Masukkan daging, buah tomato dan terakhir sekali cendawan dan kacau2kan lagi
  5. Tambahkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan boleh la ditutup api apabila sudah mendidih.

Wednesday, December 8, 2010

JALAN2 YANG TAK DIRANCANG...

Pagi Sabtu baru2 ni, tiba2 je hubby ajak akak & anak2 ke KL. So, faham2 lah keadaannya jika tak dirancang awal2, semuanya jadi kelam kabut. Sempat jugak akak masak2 utk dimakan sebagai bekalan nanti...macam la jauh sangat! Tapi memang dah amalan daripada dulu2 lagi kalau nak jalan2 tu mesti la ada bawak bekalan macam nak gi piknik...Akak masak mee goreng, roti sardin goreng & ayam goreng. Cadangnya nak makan kat Templer Park, tapi akhirnya terus ke KL & makan kat tempat penginapan je jawapnya sebab nak kejar masa.
Sebelum hubby cari stok barang2 perniagaannya, kami sempat ke KL International Motor Show. Kat sini anak2 akak yang suka sangat, al maklumlah hero2, depa ni memang banyak koleksi kereta hot wheel, jadi bila tengok depan mata kereta yg mcm2 jenis tu bukan main suka la lagi.... The next day kami ke MAHA di Serdang, aduhai sesaknya jalan nak ke sana. Tambahan hari tu adalah hari terakhir. Hubby memang minat sgt pergi tempat2 macam ni, akak pun layan je la...
Anak teruna yang sulung, Aqif @ Along disamping kereta pilihan......
Mama boleh tak beli keta ni untuk Amsyar.... Transformer kaku pun ada.........
Kereta Batman pun ada kat sini....isshhh3
Muzany posing kat buah2an & sayur2an yg digubah indah di MAHA..... Abang Badut buatkan pedang untuk budak2 yang dah kebosanan di MAHA...termasuklah anak2 akak ni.....

Tuesday, December 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM 1432H

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman

Saturday, December 4, 2010

UDANG GALAH MAMAK

Salam semua....kat sini akak tayang udang mamak yang akak masak semalam...Kebetulan ada udang galah sungai yang hubby beli kat pasar tani yg tersangat freshnya. Untuk hari ni pulak xde main masak2 sebab nak ikut hubby ke KL...Dapur kita cuti kejap ya!!! Ok laaa...akak nak bersiap ni, jumpa lagi selepas beberapa hari yea!!! Sayaaanngg semuaaaa!!!!

Sumber : Mesra.net - Nazirah Jamaludin

BAHAN-BAHANNYA

  • 1 kg udang galah
  • 1 labu bawang besar dicincang dadu halus2
  • Sedikit halia dicincang halus
  • 3 biji bawang putih dicincang halus
  • 1 batang serai diketuk2
  • 2 helai daun pandan disimpulkan
  • Bahan penumis 4 sekawan secukupnya
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 1 gelas santan pekat
  • 2 sudu sos tomato
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Membuatnya

  1. Mula2 gaul udang dgn sedikit kunyit dan gorengkan separuh masak, ketepikan dulu
  2. Gunakan minyak gorengan udang tadi dan tumiskan semua bahan2 penumis, serai, daun pandan dan bahan yang dicincang halus dan tunggu hingga kekuningan
  3. Masukkan pula rempah kari daging dan sos tomato dan tunggu hingga sedikit garing
  4. Diikuti santan pekat dan kacau2kan
  5. Masukkan udang goreng tadi dan gaulkan sebati
  6. Masukkan sedikit garam dan kunyit ikut kesesuaian rasa masing2 dan gaul2kan sebentar
  7. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan

Thursday, December 2, 2010

AYAM MASAK MERAH TOMATO GAJUS

Salam semua!!! Hari2 masak ayam merah madu...eeeiii dah muak betul memasaknya, apalagi la memakannya...hee takmo2 dah jemu!!! So hari ni akak tukar sikit. Nampak sama je macam ayam masak merah kan...cuma rasanya beza la sikit sebab ada tomato puree & gajus tu buat rasa lemak2 manja sikit..Akak masak lebih sikit sebab nak makan berkali2...Tengahari makan dengan nasi, petang pulak makan dengan ketupat daun palas, malam ni cicah dengan roti pulak...sonang cerita!!! Ok lah...disebabkan sekarang ni akak tersangatlah busy, ni akak letakkan resepinya ya! Bye bye....ketemu lagi besok ya...Insya Allah... SUMBER : EDISI KHAS RAMADHAN LBM 2003 BAHAN-BAHANNYA
  • 1 ekor ayam dipotong 14
  • 3 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan tomato puree
  • 1 sudu makan cuka
  • garam & gula secukupnya
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 tin kecil kacang peas

BAHAN KISAR

  • 10 sudu makan cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang kecil
  • 6 ulas bawang putih
  • Sedikit halia
  • 6 biji buah gajus ) kisar asing
  • 4 buah tomato ) bersama2

CARA MEMBUATNYA

  • Ayam dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit lalu digoreng sehingga masak dan ketepikan dulu
  • Tumiskan bahan2 kisar (bawang) dengan 2 sudu minyak masak sehingga garing
  • Masukkan pula gajus yang dikisar dengan tomato dan kacau2kan
  • Masukkan pula sos tiram, tomato puree, cuka dan kacau sebati
  • Masukkan bawang besar hiris dan kacang peas dan kacau lagi
  • Akhir sekali tambahkan garam dan gula secukup rasa
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul2kan sehingga rata dengan kuah tomatonya baru la ditutup api dan boleh la dihidangkan

Tuesday, November 30, 2010

APAM BERAS BERSALJU

Salam semua...suka tak makan kuih apam ni??? Terus terang akak nyatakan disini, selama hidup ni adalah kali ke 4 akak buat kuih apam dengan resepi yang berbeza2...Bila tengok sana sini ada apam dah teringin nak buat pulak. Apam ni tersangat la lembut & gebu. Makan pulak panas2 tu...huisshhh...nak cerita lebih2 pun tak guna sebab semua apam ni dah lama habis pun...
Ni resepi akak copy dari dapur Lyza. Lyza pulak tergoda tengok kat dapur Yatie yang sememangnya terror dgn kuih apam & lapisnya tu...Tergoda sangat dengan apam beras yang dibuat Lyza, nampak so lembut & gebu sehingga memaksa akak cepat2 membuatnya...Izinkan akak ya berkongsi pula resepi apam tersebut kat sini untuk future reference ok.... RESEPINYA
Bahan-bahannya
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara membuatnya 1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus) 2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati. 3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis. 4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. 5. Perap selama 3 jam. 6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain. 7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil. 8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit.9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

Sunday, November 28, 2010

PIZZA KERAK MOZZARELLA

Salam buat semua! Dah lamaaa tak makan pizza. Anak2 pun dah banyak kali sangat mintak dibuatkan pizza ni...So malam ni tertunai la jugak hasrat we all semua nak memakannya. Buat 2 jenis pizza, satu mana nak cukup ye tak? Alang2 nak menguli dohnya tu, kita buat lebih sikit. Yang kat atas tu seafood pizza, & satu lagi akak buat chicken pizza. Sedapnya pizza ni, rangup dan mewah dengan mozarella cheese...Jom kita makan pizza!!! RESEPINYA Bahagian doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar yis mauripan
  • 1 sudu besar tepung susu
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu besar oregano
  • 2 sudu besar minyak zaitun
  • 1 cawan air

Cara membuatnya:

  1. Kesemua bahan2 diatas dicampurkan dan diuli agak lama sehingga sebati dan menjadi doh yang elastik.
  2. Biarkan doh ini naik sekali ganda, ambil masa lebih kurang 40 minit ok..
  3. Bahagikan kepada 2 bahagian dan canaikan berbentuk bulat
  4. Jika nak buat kerak pizza, guna jari jemari tu dan leper2kan dibahagian tepi disekeliling pizza dan isikan dengan keju mozzarella yang dah dipotong kecil secukupnya macam kat gambar dibawah ni...

SOS PIZZA
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar gula
  • 1 sudu teh garam
  • 1 cawan air
  • 1 sudu tepung gandum dibancuh dengan sedikit air je

Cara membuatnya

  1. Campurkan kesemua bahan diatas dan masak diatas api sederhana
  2. Kacau2kan sehingga menjadi sos yang likat baru ditutup apinya

TOPPING ( INTI PIZZA )

  • Untuk bahan2 topping terpulang kepasa selera masing2 la, boleh letak isi ayam cincang, sosej, daging kisar, tapi sebelum tu haruslah ditumiskan dulu dengan sedikit minyak hingga 3/4 masaknya baru la boleh diletakkan atas doh pizza

Untuk seafood pizza akak letakkan bahan2 seperti berikut untuk topping :

  • 15 ekor udang bersaiz besar (dibuang kulit & dicelur dulu)
  • 8 jejari ketam (dipotong kecil2 & dicelur dulu)
  • 1 biji cili capsicum / benggala merah dihiris nipis2
  • 1 labu bawang besar holland dihiris nipis2
  • Keju mozzarella secukupnya diparut

CARA MELETAKKAN BAHAN2 TOPPING

  • Sapukan sos pizza tadi diseluruh permukaan doh (kecuali keraknya)
  • Taburkan sedikit cheese supaya bahan2 topping melekat dengan elok pada doh tu nanti, bila kita nak ngap pizza tu nanti topping tu tak de la jatuh2 ek!
  • Susun bahan2 topping kat bahagian atas cheese tu sehingga penuh dikeseluruhan permukaan pizza
  • Taburkan lagi parutan cheese mozzarella dibahagian atasnya pulak
  • Panaskan oven suhu 200C dan bakar pizza lebih kurang 20 minit atau sehingga garing

Saturday, November 27, 2010

MARBLE CHOC CHEESE CREAM

Salam semua! Ishhh3...tadi konon2nye nak buat aktiviti membersihkan kawasan depan rumah, tengok2 anak semua dah leboh pegi ke pasar malam (walaupun hari baru petang...) ikut babah depa....takpe2 baik mama tengok tv, crite pulak ntah apa2, baik layan je kek ni...
Kali ke dua buat sebab 1st time buat waktu raya haji, anak2 tak puas mkn sebab banyak bagi kat sana-sini. So, kali ni makan puas2 ya...
Mula tringin nak buat kek ni lepas tengok Yatie tayang kat SINI Emmmm memang dah sah terpikat & hasilnya memang tersangat lembut, gebu dan sedap......Cuma marble yang akak buat tu tak jadi secantik yang Yatie buat.
Jom kita tengok resepinya...

SUMBER : Yatiememories  thanks
Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je)
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair
Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  4. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  5. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  6. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  7. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  8. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  9. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  10. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi

Jemput makan, kek ni masih panas lagi tau... :)

AYAM PANGGANG SOS PIZZA MADU

Assalamualaikum semua dan salam petang Sabtu yang indah...petang2 gini seronok buat apa ya? Akak cadang kejap lagi nak berkebun kat depan rumah tu. Nampak lalangnya dah sama tinggi dengan akak je, kalau ajak hero2 akak mau riuh rendah 1 taman nanti ni..... Ayam panggang yang akak tunjuk ni yang akak buat untuk dinner semalam. Kali ni akak buat agak pedas, tapi akak tengok anak2 makan ok je macam tak pedas pun, bagus3..nampaknya depa dah reti makan pedas2 macam mama. Tinggal la babah sorang yang tak reti2 makan pedas...takde geng la dah ya babah! Hidangan lain adalah kentang putar, coleslaw dan wedges dengan sos mentega....sendiri bikin punya tau, tak main beli2 punya..kata2 yang agak sombong & bongkak... :) Resepinya seperti kat bawah ni ya... BAHAN-BAHANNYA
  • 1 ekor ayam bersaiz besar dibersihkan dan toskan
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 biji bawang merah *
  • 8 biji bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 5 sudu besar madu
  • 1 sudu besar mustard
  • 3 sudu besar sos pizza
  • 3 sudu besar mentega
  • Garam secukupnya
CARA MEMASAKNYA
  1. Semua bahan * hendaklah dikisar halus
  2. Campurkan semua bahan kisar dengan serbuk cili, madu, mustard, sos pizza, mentega & garam dan kacau2kan sehingga sebati
  3. Lumurkan keseluruh ayam tadi sehingga betul2 rata dibahagian dalam dan luarnya dan perapkan selama 1 jam
  4. Simpan bakinya untuk disapu pada ayam semasa proses memanggang nanti
  5. Panaskan oven suhu 200C dan masukkan ayam
  6. Selepas 15 minit, keluarkan ayam dan sapukan lebihan bahan perapan tadi dan masukkan semula ke dalam oven
  7. Ulangi sehingga ayam betul2 masak, lebih kurang sejam dan boleh la dikeluarkan terus dari oven dan dihidangkan

Friday, November 26, 2010

LALA BERSOS TIRAM & DAUN BAWANG

Assalamualaikum...salam Jumaat buat semua. Ni akak sempat jugak update n3 sambil tunggu ayam panggang dalam oven tu. Senang buat ayam panggang ni, tak payah makan nasi dah. Ok, kat gambo tu siput lala yang akak masak tengahari tadi. Sedapnya lala ni tak terkira tau..isinya pulak beso2 gitu, rasa isinya pulak teramat la manis. Memang berbaloi membelinya. Cara memasaknya pun simple je tapi walaupun nampak simple rasanya sedap...yang penting lala tu mesti la fresh. So bagi sape yang suka makan lala boleh la cuba memasaknya begini, ok!! BAHAN-BAHANNYA
  • 1 kg siput lala
  • 6 biji bawang putih dicincang2 halus
  • 1 biji bawang besar dipotong dadu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • 2 pokok daun bawang dipotong2
  • 1 sudu besar gula
  • Garam secukupnya
  • 2 sudu besar untuk menumis
CARA MEMASAKNYA
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan
  2. Masukkan sos tiram dan sos cili diikuti kiub pati ayam dan tambah sedikit je air supaya tak terlalu kering dan kacau2kan
  3. Masukkan siput lala dan kacau2kan sehingga semua kulit terbuka sehingga nampak isinya
  4. Masukkan gula dan garam secukupnya, kacau hingga rata dan boleh la ditutup apinya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...